• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Akan Hentikan Penerbangan Ke Franfurt

oleh Ahmad Albab
19/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

FRANKFURT – Malaysia Airlines (MAS) menghentikan perkhidmatan penerbangan bagi destinasi Frankfurt dalam menjalankan usaha rasionalisasi rangkaiannya dan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan syarikat penerbangan negara itu.

“Kami dengan dukacita mengumumkan bahawa MAS menggantung operasi penerbangan di Frankfurt. Penerbangan terakhir keluar adalah pada 29 Mei,” menurut Pengarah MAS Frankfurt, David Rajkumar Subramaniam, dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pelan rangkaian yang disemak semula itu adalah sejajar dengan strategi keseluruhan MAS untuk lebih memberi tumpuan serantau, dengan hubungan global yang kukuh melalui rakan kongsi dan sekutunya OneWorld.

“Cabaran kami adalah untuk memastikan MAS beroperasi dan menggunakan pesawat pada paras optimum, di samping memaksimumkan pendapatan dari setiap laluannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan MAS pada masa kini terus mengendalikan operasi di beberapa laluan yang tidak menguntungkan, dan memberikan hasil yang rendah, serta penumpang yang sedikit menggunakan laluan lain dalam rangkaian itu.

Operasi di laluan yang berprestasi lemah hanya memburukkan lagi kedudukan kewangan MAS sebagai syarikat penerbangan rangkaian, katanya.

MAS melahirkan dukacita atas kesulitan yang timbul akibat daripada perubahan itu dan memberi jaminan bahawa pelanggan yang telah memiliki tiket penerbangan dari atau menuju destinasi itu berhak menikmati bayaran balik.

Syarikat itu turut menegaskan perhubungan sambungan akan dikekalkan melalui sekutu OneWorld, yang menawarkan sambungan penerbangan kepada lebih 950 destinasi di seluruh dunia daripada 15 syarikat penerbangannya. – BERNAMA

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd