• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selama 26 Tahun, Suami Isteri Ini Makan Sepinggan

oleh AK-47
21/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERCAYA atau tidak, sepasang suami isteri melakar memori unik tersendiri dengan hanya makan sepinggan selama 26 tahun sejak mereka diijab kabul.

Pasangan yang dikenali sebagai Sugiman dan Yati ini mendedahkan, amalan sejak hari majlis perkahwinan mereka terbawa-bawa hingga kini meskipun sudah memiliki dua cahaya mata.

Kata Yati, amalan makan sepinggan ini sudah menjadi rutin yang dilakukan setiap hari tidak kira tempat.

“Dan hingga hari ini, setiap hari, kami tetap makan sepinggan. Kadangkala kami menyuap satu sama lain. Tidak kiralah di mana, di rumah mahupun di kedai,” katanya.

Pasangan dari Palmerah, Jakarta Barat ini mengakui sering diketawa namun mereka tidak malu dan kekok untuk berbuat demikian meskipun sudah meningkat usia.

Bagi mereka, amalan ini menjadikan mereka semakin erat dan bertambah kasih sayang.

Menurut Yati, mereka tetap akan makan sepinggan walaupun ketika bergaduh dan bermasam muka.

“Memang sudah menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga, ada kalanya kami bergaduh. Kadangkala sampai seminggu tak bercakap. Tetapi kami tetap makan sepinggan,” kata Yati sambil ketawa.

Amalan romantis pasangan ini menimbulkan reaksi positif ramai yang ingin mencontohi resepi kebahagiaan mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: cinta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Demi Cinta, Lelaki Sanggup Larikan Lori Pepsi

22/02/2019
0

TULSA - Demi cinta yang mendalam, seorang pemuda sanggup mencuri lori Pepsi semata-mata untuk berjumpa kekasihnya di lapangan terbang. Sebelum...

Cinta Berputik Ketika Main RPG Online

14/01/2019
0

SEORANG wanita muda Filipina yang bekerja di Arab Saudi menarik perhatian media sosial selepas berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd