• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dan Teman Wanita Ditahan Miliki Tiga Pistol

oleh Ahmad Albab
20/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan seorang wanita berusia 49 dan 24 tahun yang dipercayai pasangan kekasih, ditahan kerana memiliki tiga pucuk pistol secara haram, dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Ampang, kelmarin.

Selain pistol, polis turut menemui cop pengesahan menggunakan nama ‘Datuk Azharudin Ahmad’ yang kononnya bertugas sebagai pegawai tugas khas kepada Menteri Dalam Negeri, yang sebenarnya tidak wujud, serta kad nama ‘Datuk Azharudin Ahmad’ yang beralamat di Unit Khas Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Polis turut menemui pas keselamatan Kementerian Dalam Negeri dan pas kerja JPM di Majlis Keselamatan Negara, dalam tangkapan kira-kira 3 petang itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pihaknya mendapat maklumat awam bahawa terdapat individu yang mencurigakan menyamar sebagai ‘Datuk’ dan menetap di pangsapuri itu.

Beliau berkata polis menyerbu rumah itu dan menahan lelaki dan wanita berkenaan yang mengaku sebagai tuan rumah.

“Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan lampau dadah yang dikehendaki polis di Tangkak, Johor. Pemeriksaan dalam rumah suspek, polis menemui tiga pucuk pistol dalam tiga buah beg hitam tertulis Jabatan Perkhidmatan Awam di bilik berlainan iaitu sepucuk Revolver dan dua pistol automatik di dalam bilik suspek.

“Selain itu, polis juga menemui enam butir peluru beserta 119 bebola besi dalam beg lutsinar serta sebilah pisau panjang. Turut ditemui sepasang gari,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya juga menemui kad pengenalan atas nama ‘Fadzilah Hashim’.

“Polis telah menghubungi pihak JPM untuk mendapatkan pengesahan, bagaimanapun pas (kerja) itu tidak wujud,” katanya.

Beliau berkata suspek kemudian membawa polis ke kawasan parkir bawah tanah dan hasil pemeriksaan ke atas kereta suspek jenis Perodua Kelisa, pihaknya menemui sehelai jaket berwarna hijau jenama Polo tertera tulisan ‘Special Forces Gerak Khas KDN’.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga Isnin depan. – BERNAMA

Tags: Pistol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd