• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Niloofar Tak Gentar Diugut Bunuh Oleh Keluarga, Taliban

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

AFGHANISTAN – Juruterbang wanita Afghanistan, Niloofar Rahmani, 23, tidak gentar apabila menerima ugutan bunuh dari pengganas, Taliban.

Niloofar dan enam lagi ikon wanita dari serata dunia dianugerahkan Anugerah Keberanian Wanita 2015 dalam sebuah majlis di Amerika Syarikat, minggu lalu.

Menurut Niloofar yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang, beliau menghabiskan hampir setahun mempelajari bahasa Inggeris untuk memasuki kolej.

Beliau akhirnya menyertai Program Latihan Pegawai Afghan Air Force pada 2010 dan tamat pengajian pada 2012 dengan pangkat Leftenan Kedua.

Niloofar dikatakan mengingkari arahan selepas menemui beberapa askar Afghanistan yang cedera ketika terlibat dalam satu misi dan menerbangkan mereka ke hospital.

Pegawai atasan membuat keputusan untuk tidak menghukum Niloofar kerana mengingkari arahan tersebut.

Selepas kejayaan Niloofar menyelamatkan askar-askar berkenaan diketahui umum, beliau menerima ugutan bunuh daripada Taliban dan ahli keluarganya sendiri kerana pilihan kerjayanya itu.

“Anda tidak boleh melihat diri anda sebagai seorang wanita sahaja, anda perlu percaya kepada diri anda sendiri,” kata Niloofar ketika ditemuramah WTKR.

Beliau bertegas akan meneruskan kerjayanya dan bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar untuk menggalakkan lebih ramai wanita menceburi pekerjaan tersebut.

– DailyMail

Tags: Kes Ugut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dakwa Pengusaha Vape Buat Laporan Palsu

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung dakwaan individu mendakwa dirinya diugut dalam siasatan suruhanjaya...

Pengusaha Vape Dakwa Diugut ‘Datuk’, Pegawai SPRM

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang pengusaha vape mendakwa diugut seorang individu bergelar datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd