ED Sheeran yang merupakan rakan baik ahli kumpulan One Direction Harry Styles mendedahkan, Harry sendiri telah menyebarkan gambar bogelnya yang menjadi viral sekitar tiga tahun lalu.
Ed yang merupakan komposer dan penyanyi mengatakan walaupun perkara itu dinafikan Harry, namun tiada siapa mengetahui rahsia itu selain daripada dirinya.
“Kamu semua tahu bahawa Harry menyebarkan gambar bogelnya sendiri.
“Ia memang perkara luar biasa namun dia menafikan gambar tersebut miliknya selepas tercetus kontroversi itu.
“Dia harap tiada siapa yang tahu tentangnya,” kata Ed kepada Mirror UK.
Sehingga kini Harry tidak memberi kenyataan balas bagi menjawab pendedahan yang telah dibuat oleh kawan baiknya sendiri itu.
– MYNEWSHUB.CC


