• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NAZA Unjur Jualan Harley-Davidson Street 750 Meningkat

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – NAZA Prestige Bikes Sdn Bhd mengunjur peningkatan jualan sebanyak 20 peratus bagi model Harley-Davidson Street 750 tahun ini berbanding 2014.

Naib Presiden Bersekutu NAZA World Two-Wheel, Juan Chow Wee berkata bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan jualan 150 unit motor yang boleh ditempah khas itu dan mampu menarik penunggang muda di bandar.

Motosikal Street 750 itu turut diunjur menyumbang 25 peratus kepada keseluruhan produk Harley-Davidson, tahun ini.

“Cirinya yang minimal itu serasi bagi penunggang muda di bandar yang menunggang setiap hari, bukannya untuk dijadikan hiasan semata-mata.

“Ia turut menjadi model terkini yang menyertai barisan Dark Custom Harley-Davidson yang membantu menjadikan jenama ini sebagai yang terlaris dalam kalangan belia di Amerika Syarikat sejak enam tahun lepas,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran model berkenaan di sini, hari ini.

Model Street 750 itu berharga RM62,888 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) dengan jaminan kilang dua tahun atau 80,000 kilometer – yang mana terdahulu.

Ia ditawarkan dalam tiga warna iaitu vivid black, black denim (biru) dan fire red.

NAZA Prestige Bikes adalah pengimport tunggal serta rasmi bagi motosikal, pakaian serta aksesori Harley-Davidson. – BERNAMA

Tags: Naza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang Lebih RM1.2 Juta Dilucut Hak Kepada Kerajaan

23/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang lebih RM1.2 juta yang dibekukan daripada akaun bank milik tiga entiti termasuk Yayasan Rahah berhubung penyiasatan...

Naza Euro Motors Akan Melabur RM5 Juta Pada 2019

15/12/2018
0

PETALING JAYA – Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal jenama kereta DS di Malaysia, bercadang melabur RM5 juta untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd