• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarikh Baharu AirAsia Pindah Ke Terminal 1 KKIA

oleh Ahmad Albab
15/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menetapkan tarikh baharu dalam masa terdekat bagi syarikat penerbangan AirAsia untuk memindahkan operasi dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata pada masa ini kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang berbincang dengan syarikat penerbangan tambang murah itu yang mengemukakan beberapa permintaan sebelum berpindah.

“Kementerian Pengangkutan sebelum ini telah menetapkan AirAsia untuk berpindah ke Terminal 1 berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

“Bagaimanapun, AirAsia telah menangguhkan perpindahan ini dan memohon beberapa perkara daripada pihak kerajaan sebelum berpindah,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Chin Su Phin dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Negara, di sini hari ini.

Chin meminta kerajaan menyatakan perkembangan terkini status perpindahan operasi syarikat AirAsia ke Terminal 1 KKIA dan ingin tahu mengapa proses itu memakan masa yang lama. Ab Aziz berkata antara permintaan AirAsia ialah agar ‘caj khidmat penumpang’ dikekalkan pada kadar RM32 seperti di Terminal 2, berbanding kadar yang ditetapkan di Terminal 1, RM65.

“Pihak kerajaan perlu mematuhi peraturan antarabangsa yang kadar caj sama perlu dikenakan kepada semua syarikat penerbangan.

Tidak boleh ada syarikat penerbangan yang dapat murah, ada syarikat penerbangan yang dapat mahal,” katanya. Selain itu, beliau berkata AirAsia turut meminta untuk menggunakan sistem ‘daftar masuk’ sendiri dan tidak mahu menggunakan ‘sistem daftar masuk bersama’ yang disediakan MAHB di terminal itu.

Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan untuk mengintegrasikan sistem AisAsia itu dengan sistem sedia ada memandangkan sistem yang dibangunkan syarikat itu tidak dapat digunakan oleh syarikat penerbangan lain.

Pembinaan Terminal 1 KK1A siap sepenuhnya pada November tahun lalu dan mampu mengendalikan sehingga sembilan juta penumpang setahun.

Perpindahan AirAsia dari Terminal 2 ke Terminal 1 lapangan terbang itu adalah berdasarkan keputusan Laporan Ketua Audit Negara bilangan 1 2014 dan keputusan Majlis Ekonomi Negara. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd