Sesiapa yang menjadi pengikut Instagram Datuk Siti Nurhaliza pasti maklum, penyanyi tersohor negara ini antara selebriti yang sentiasa berkongsi kebanyakan perkara dalam kehidupan sehariannya.
Jadi apabila Siti berkongsi momen sweet Datuk K minta untuk tidur di paha dia mungkin tidak berniat apa-apa malah gambar ini mendapat hampir 20,000 LIKE.
Apatah lagi gambar yang ditampilkan agak kabur dan tidak menunjukkan apa-apa aksi ‘pelik’ jika dibandingkan dengan gambar berpeluk artis lain bersama pasangan kekasih yang belum halal.
Malangnya sudah adat Instagram artis Malaysia, sebilangan follower akan sentiasa mengintai peluang untuk memberi ceramah agama secara percuma.
Itulah jadinya bila ucapan mendoakan kebahagiaan hidup Siti bersama suami mula diselang seli dengan peringatan supaya merahsiakan keintiman hubungan suami isteri.

Hal ini membuatkan seperti biasa, berlakulah ‘pertengkaran’ di ruangan komen antara follower yang setuju dengan tak setuju akan gambar yang dikongsikan.

Peminat tegar Siti sudah tentu akan mempertahankan artis kesayangan mereka habis-habisan…

Bagi kami mudah sahaja, teguran memang dituntut dalam Islam tapi pastikan ia tidak sampai mengaibkan orang lain. Lagi satu ingatlah, Islam melarang umatnya ‘mengintai’ orang lain semata-mata untuk kantoikan kesalahannya.
Tapi jika benar hati anda benar-benar ikhlas mahu memberi ingatan sesama Islam dan rasa artis yang anda follow di Instagram tu benar-benar dah buat dosa besar sampai perlu ditegur, ok  go on.. tapi lakukanlah dengan berhemah. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC
