• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK: Anggota Rela Diingat Jangan Bertelagah

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), khususnya di kawasan Dun Pengkalan Kubor yang menghadapi PRK 25 September ini, agar tidak bertelagah sesama sendiri walaupun berbeza ideologi politik.

Beliau berkata perpaduan dalam kalangan anggota Rela perlu senantiasa dipertahankan bagi menjamin peranan pertubuhan itu untuk menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat.

“Saya tidak mahu anggota Rela berpecah-belah kerana soal calon, saya tidak mahu anggota Rela bertelagah sesama sendiri kerana pilihan raya, saya tidak mahu anggota Rela berselisih pendapat kerana PRK ini.

“Kita mahu anggota Rela bersatu hati atas nama pasukan Rela, satu hati, satu Rela, satu semangat,” katanya semasa berucap pada majlis ramah mesra bersama-sama anggota Rela di Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi membina empat buah pusat khidmat operasi Rela di Pengkalan Kubor dan 1,000 pasang uniform Rela untuk anggota Rela di Dun tersebut.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan tersebut bagi menghargai jasa anggota Rela di Pengkalan Kubor yang memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan di kawasan itu dan sepanjang proses pilihan raya kecil itu.

“Perpaduan dalam kalangan kita wajib dipertahankan. Saya akan turun ke Pengkalan Kubor lagi dalam masa terdekat untuk memastikan peruntukan itu dan uniform disampaikan kepada anggota Rela secepat mungkin,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pada masa ini terdapat kira-kira 2.9 juta pegawai dan anggota Rela seluruh negara dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Pada PRK itu, calon BN, Mat Razi Mat Ail akan ditentang calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan Saharun Ibrahim daripada PKR dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Razi Janji Jadi Adun Pembela Rakyat

13/10/2014
0

KOTA BAHARU - Mat Razi Mat Ail, 48, yang menang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor...

Menang Pengkalan Kubor Bukan Bayangan BN Tawan Kelantan

30/09/2014
0

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak boleh dijadikan kayu ukur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd