• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Teruja Dapat Lesen B2

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Setelah kira-kira 30 tahun menunggang motosikal tanpa lesen, dua warga emas berjaya memperoleh lesen B2 melalui program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ).

Dolah Endun, 65, dan Chan Baba, 60, yang mempunyai cerita tersendiri mengapa mereka tidak mendapatkan lesen, amat bersyukur mendapat peluang itu.

Dolah dari Bukit Rambai berkata sebelum ini beliau tidak mampu mendapatkan lesen disebabkan kesempitan hidup yang dialaminya sejak muda.

“Dulu pak cik hidup susah. Tapi syukur sekarang anak-anak sudah kerja dan masing-masing bantu pak cik beli motor baharu dan ambil lesen,” katanya.

Beliau ditemui pada program SKSJ bagi kawasan Klebang di sini yang majlis penutupnya dilakukan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob.

Dolah berkata beliau kini dapat menunggang motosikal dengan hati tenang tanpa risau disaman pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen.

Sementara itu Chan dari Taman Sayang Selasih, Klebang pernah memperoleh lesen L, bagaimanapun tidak meneruskan hasrat untuk mendapatkan lesen B2 setelah terlibat dalam kemalangan kira-kira 30 tahun lepas.

“Lepas kemalangan itu saya berasa takut hendak ambil lesen sampailah sekarang baru terbuka hati. Itu pun selepas kawan-kawan bagi tahu ada program SKSJ.

“Bila dah dapat lesen rasa rasa dunia ini terbuka luas. Kalau tidak dulu nampak kereta lain nyalakan lampu besar mesti rasa takut sebab mungkin ada sekatan jalan raya di depan,” katanya.

K.Tharumadorai, 49, dari Durian Tunggal, Alor Gajah berkata program SKSJ perlu diteruskan bagi membantu golongan buta huruf sepertinya untuk mudah mendapatkan lesen memandu.

“Saya tidak ada lesen sudah 20 tahun kerana saya orang susah dan tidak tahu membaca (bagi menduduki ujian menulis/komputer). Sebelum ini saya menunggang motosikal tanpa lesen dengan rasa takut dan pernah beberapa kali disaman, tetapi sekarang rasa gembira kerana sudah ada lesen,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd