• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamri Baba Terpantas Di Batu Kawan

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN terjatuh pada pertengahan sesi ujian masa tidak menghalang Mohd Zamri Baba untuk muncul pelumba yang mencatat masa terpantas dalam kategori CP130 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Zamri terjatuh selepas 15 minit sesi ujian masa berlangsung ketika cuba mengatasi catatan masa terpantas ketika itu milik duo PETRONAS Yamaha Maju Motor, Abdul Muhaimin Roslan dan Ahmad Fazli Sham.

Zamri-Baba-at-the-Temerloh-

Insiden itu bagaimanapun tidak mendatangkan kerosakan besar terhadap jentera dan jurutera pasukan berjaya memperbaiki kerosakan kecil yang dihadapi bagi membolehkan Zamri keluar semula ke litar ketika saingan berbaki beberapa minit sahaja lagi.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu berjaya mencatat masa terpantas 53.254s ketika saingan berbaki dua minit untuk ditamatkan manakala rakan sepasukan, Mohd Hafiz Nor Azman, pelumba muda bagi pasukan SCK mengekori di belakang dengan masa 53.394s.

Muhaimin yang mendahului sebahagian besar sesi ujian masa sekadar mencatat masa ketiga terpantas, 53.404s.

“Saya berpuas hati dengan keputusan hari ini dan saya juga gembira kerana dapat mengekalkan momentum yang ditunjukkan sewaktu di Temerloh tempoh hari.

“Jika bukan kerana terjatuh, pasti saya mempunyai banyak masa untuk mendapatkan masa lebih pantas namun kemalangan itu memang tidak dapat dielak. Saya terlanggar beg udara yang sedikit menghalang laluan saya setelah dilanggar oleh Muhamad Taufiq Roslan terlebih dahulu. Mujurlah tidak ada sebarang kecederaan dialami cuma sedikit calar di sut perlumbaan yang saya gunakan,” jelas Zamri.

Bercakap tentang sesi Superpole dan perlumbaan akhir, esok, Zamri berkata, “Saya mahu merebut kemenangan yang hampir diraih sewaktu di Temerloh namun ia bukan tugas mudah. Jentera Yamaha milik pelumba seperti Muhaimin dan Fazli sangat pantas. Saya perlu merancang strategi terbaik bersama rakan sepasukan untuk mengekang mereka dan ditambah dengan sokongan peminat dan keluarga, saya berazam untuk meraih kemenangan.”

Sementara itu dalam saingan CP115, Pelumba Motul Yamaha YY Pang, Tengku Amirul Haffirudin beraksi cemerlang apabila muncul pelumba tunggal melakukan catatan di bawah 55 saat dengan masa 54.523s.

Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ) kedua dengan masa 55.362s manakala Kasma Daniel Kasmayudin, (PETRONAS Yamaha Maju Motor) ketiga, 55.397s.

Dalam saingan kelas Wira, Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) mencatat masa terpantas, 55.426s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Mohamed dengan masa 55.856s. Pelumba Espada William Racing, Amirul Hakim Rizal ketiga, 56.238s.

Keputusan Ujian Masa Rasmi
CP130
1.Mohd Zamri Baba (Honda) 53.254s 2.Mohd Hafiz Nor Azman (Honda) 53.394s 3.Abdul Muhaimin Roslan (Yamaha) 53.404s 4.Norizman Ismail (Honda) 53.413s 5.Ahmad Fazli Sham (Yamaha) 53.429s

CP115
1.Tengku Amirul Haffiruddin (Yamaha) 54.523s 2.Ahmad Syukran Aizat (Yamaha) 55.362s 3.Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 55.397s 4.Mohd Emir Firdaus Hasan (Yamaha) 55.452s 5.Iqbal Amri Abdul Malek (Yamaha) 55.593s

WIRA
1.Harith Farhan Baharin (Honda)) 55.426s 2.Saiful Azhary Mohamed (Honda) 55.856s 3.Amirul Hakim Rizal (Yamaha) 56.238s 4.Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 56.758s 5.Saiful Izman Ahmad Zamani (Yamaha) 56.859s

 

– MYNEWSHUB.cc

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd