• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tonton Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala 1 Malaysia

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala 1Malaysia di Stadium Bola Sepak MINDEF, di sini.

Perdana Menteri tiba pada pukul 4.50 petang dan menyaksikan hampir setengah jam pada babak kedua perlawanan antara Kelab Bola Sepak Ipoh Friday’s dari Perak menentang SPT Indians Football Association dari Pulau Pinang.

Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan menjadi milik pasukan Kelab Bola Sepak Ipoh Friday’s yang menjaringkan dua gol tanpa balas.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan hadiah kepada kepada kedua-dua pasukan yang menjadi juara dan naib juara kejohanan itu.

Juara menerima wang tunai RM15,000, Piala 1Malaysia selain berpeluang menghadiri kem bola sepak khas Piala 1Malaysia iaitu Pengalaman Kampus Yayasan Real Madrid. Sementara Naib juara menerima wang tunai RM7,500.

Sebanyak 80 pasukan dari seluruh negara berentap dalam kejohanan itu yang dianjurkan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia dan Yayasan Laureus Sports for Good yang bermula dengan peringkat zon sejak beberapa bulan lalu.

Kejohanan itu diadakan bagi meningkatkan perkembangan sukan bola sepak tanah air selain menyediakan pemain ke arah kerjaya profesional. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd