• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berada Di Landasan Capai Bajet Seimbang – Najib

oleh Ahmad Albab
13/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia berada di landasan ke arah mencapai bajet seimbang dan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Razak. Menegaskan Malaysia mempunyai kisah hebat untuk dikongsi, Perdana Menteri berkata walaupun menghadapi pelbagai cabaran, asas ekonomi negara terus kukuh.

“Kita mempunyai cabaran sendiri dan melihat dari segi gambaran asas dan makro…pertumbuhan pendapatan negara kasar (PNK) 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014, permodalan pasaran Bursa Malaysia meningkat 140 peratus pada tempoh sama, dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang kepada enam peratus pada tahun lepas,” katanya ketika melancarkan Bloomberg TV Malaysia di Kota Damansara di sini hari ini.

Najib berkata pencapaian Malaysia turut diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, yang menyenaraikan Malaysia hampir kepada kedudukan teratas bagi daya saing dan mudah menjalankan perniagaan.

“Malah, Bloomberg pada 2014 turut menyenaraikan Malaysia sebagai pasaran pesat membangun ketiga terbaik di dunia,” katanya dalam ucapannya.

“Kita berada di landasan yang tepat. Sudah tentu, kita mempunyai cabaran dari segi kadar pertumbuhan, konsep kesamarataan pendapatan, pendapatan isi rumah, justeru ia bukan hanya PNK, bukan sahaja pendapatan per kapita.

“Tetapi kita mempunyai keazaman, kita amat fokus dan kita mempunyai keberanian politik.

“Tidak lama lagi, 30 juta atau lebih rakyat Malaysia pada 2020 akan berasa bangga Malaysia sebagai sebuah negara maju. “Kita berani untuk memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Apabila ramai yang enggan, saya kata tidak, kita perlu melaksanakannya kerana ia suatu perkara yang betul untuk dilakukan dan kita perlu melaksanakannya kerana ia baik untuk ekonomi negara,” katanya. Mengenai pelancaran Bloomberg TV Malaysia dan kehadirannya di negara ini, Najib berkata ia tepat pada masanya berikutan Malaysia menuju ke arah fasa akhir Wawasan 2020 dan beliau tidak lama lagi akan melancarkan rancangan lima tahun terakhir Malaysia sebelum 2020.

“Malaysia telah mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun ini, dan kita juga mempunyai kisah ASEAN untuk dimaklumkan,” katanya.

Najib berkata memandangkan sokongan dan galakan Bloomberg akan memberi inspirasi kepada semua pihak, beliau berharap laporan Bloomberg akan membantu Malaysia untuk berada pada kedudukan yang sewajarnya.

“Kami juga akan menyokong anda, memberi anda galakan dan sebagai balasannya, anda perlu menghasilkan laporan yang baik dan hanya melaporkan yang benar mengenai kami,” katanya. Ditempatkan di The Strand Encorp, Kota Damansara, Bloomberg TV Malaysia dikendalikan oleh Enmedia Ventures Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli perniagaan Tan Sri Effendi Norwawi.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Effendi, yang juga Pengerusi Bloomberg TV Malaysia, berkata beliau berharap saluran khusus perniagaan itu akan memaparkan perkembangan terkini mengenai dunia perniagaan tempatan.

Ketika ini, komuniti perniagaan tempatan hanya disajikan laporan menerusi saluran berita, katanya sambil menambah berita perniagaan Malaysia kini akan dipancarkan ke serata dunia melalui rangkaian Bloomberg TV.

Bloomberg TV Malaysia boleh disaksikan dalam talian dan melalui platform digital lain, dan dijangka memasuki platform TV berbayar seperti Astro dan Hypptv tidak lama lagi, katanya. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd