• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Mahu Tingkat Majoriti Undi Di Rompin

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang akan memperhebatkan gerak kerja jentera parti bagi mengekalkan majoriti undi tinggi dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin, kata Pengerusinya Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau yakin BN tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi penyandangnya Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis begitu mengambil berat soal kebajikan rakyat dan pembangunan di kawasan itu.

“Tidak ada masalah rebut merebut (kuasa) cuma kami mahu majoriti lebih tinggi dan ia juga bergantung kepada jumlah pengundi yang keluar pada hari berkenaan nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Komuniti 2015 peringkat negeri anjuran Tenaga Nasional Berhad di Felda Chemomoi, di sini hari ini.

Adnan berkata, pengalamannya mengendalikan lima PRK sepanjang menjadi Menteri Besar Pahang sejak 1990 juga akan digunakan untuk memastikan kemenangan besar BN dalam PRK itu nanti.

Beliau berkata satu mesyuarat khas akan diadakan pada 14 April ini untuk membincangkan gerak kerja jentera parti pada PRK itu yang akan diketuai Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Pada 14 April ini ada majlis tahlil untuk Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis diikuti dengan mesyuarat khas untuk berbincang gerak kerja jentera parti berhubung PRK itu,” katanya.

Adnan berkata dalam kempen PRK itu nanti, jentera parti antara lain akan menerangkan pelbagai isu termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Ketika diminta mengulas tentang calon, Adnan berkata nama calon dipilih berdasarkan suara akar umbi dan telah dimaklumkan kepada presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk ditentukan.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin setelah terlibat dengan nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 22 April, pengundian awal pada 30 April dan hari pengundian 5 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak enam penggal lepas apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

Tags: PRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

Pemuda PAS Perak Puas Hati Walau Tewas

06/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mendakwa tetap berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd