• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Restoran Disaran Nyata Jumlah Kalori Makanan

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak restoran disaran agar menyatakan jumlah kandungan kalori makanan yang disediakan mereka.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata ia bertujuan bagi memberitahu orang ramai tentang jumlah kalori yang mereka ambil.

“Semua makanan dalam tin menyebut jumlah kandungan kalori. Oleh itu adalah lebih baik jika pihak restoran turut berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kesihatan ‘The Star Health Fair ‘Fitforlife’ 2015′ di sini hari ini.

Beliau berkata data Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) malaporkan sekurang-kurangnya 63 peratus golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas mempunyai risiko menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD).

Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani NCD melalui amalan pemakanan sihat atau gaya hidup sihat, katanya.

Mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) berkaitan insurans kesihatan, Dr Subramaniam berkata kementeriannya telah menghantar surat kepada Kementerian Kewangan untuk membuat semakan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan terpaksa mengambil masa untuk mengkajinya kerana mereka turut menerima banyak permintaan daripada kementerian lain.

“Orang ramai telah merayu kepada saya dan sebagai menteri kesihatan saya telah membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan,” katanya.

Lebih 70 pempamer mengambil bahagian pada pameran tiga hari itu anjuran akhbar The Star dan syarikat insurans hayat Great Eastern Life Assurance (M) Berhad. – BERNAMA

Tags: restoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Takrif Semula Pendapatan B40, M40 Dan T20

Lelaki Mabuk Buat Kecoh, Gaduh Dengan Pekerja Restoran

24/02/2024
0

HULU SELANGOR: Berang dihalau kerana mengganggu pelanggan sedang menjamu selera, seorang lelaki dalam keadaan mabuk bergaduh dengan sekumpulan pekerja sebuah...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

31/01/2023
0

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd