• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Pakar Forensik PDRM Ke Kiev Sambung Siasat Nahas MH17

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tujuh pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlepas ke Kiev, Urakine untuk menyambung semula pencarian baki serpihan dan bukti baharu berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh pada 17 Julai tahun lepas.

Pasukan yang diketuai Komander Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), ACP Hussein Omar Khan dilapor berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.30 tengah malam tadi.

Beliau berkata pasukan itu antara paling berpengalam dalam DVI dan penyiasatan tempat kejadian jenayah (CSI) dijangka memasuki semula ke lokasi nahas bersama pasukan penyiasat antarabangsa Selasa ini.

“Kita akan meneruskan usaha mengesan baki mayat jika masih ada dan juga mengumpul bukti fizikal bagi tujuan siasatan.

“Pasukan ini dijangka berada di Donetsk antara dua hingga tiga minggu,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hussein berkata pasukan tersebut merupakan pasukan sama yang ke lokasi nahas sebelum ini.

Khamis lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan itu akan memasuki kawasan tragedi di Donetsk, Ukraine bersama-sama pasukan keselamatan Belanda dan Ukraine untuk mencari baki serpihan pesawat dan bukti baharu untuk membantu siasatan.

Beliau berkata PDRM komited dalam meneruskan siasatan dan berharap misi kali ini yang mendapat kerjasama Belanda dan lain-lain pasukan agar dapat membantu menemui petunjuk baharu nahas.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur semasa ia terhempas di timur Ukraine dipercayai akibat ditembak di ruang udara negara yang bergolak itu. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd