• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejohanan Olahraga Remaja Peluang Rebut Slot Sukan SEA

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet olahraga masih berpeluang menempah slot ke Sukan SEA Singapura melalui Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara, menurut Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata sekiranya atlet berjaya mencatatkan rekod kelayakan ditetapkan oleh Persatuan Olahraga Malaysia KOM), mereka berkemungkinan mewakili negara ke temasya itu Jun ini.

“Ini merupakan kejohanan antarabangsa yang diadili pegawai teknikal antarabangsa dan sekiranya atlet remaja ini berjaya melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh KOM, catatan masa atau jarak, mereka akan diambil kira untuk ke Singapura.

“Kejohanan ini beri peluang kepada atlet muda khususnya kepada yang akan mula langkah pertama di peringkat Sukan SEA untuk mempamerkan kehebatan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan temasya dwitahunan kali ke-10 itu di Stadium Mini MSN Bukit Jalil, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz dan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi.

Sementara itu, Presiden KOM Datuk Karim Ibrahim berkata sebagai permulaan pihaknya akan memilih atlet remaja yang berjaya mencatatkan keputusan terbaik untuk mewakili negara ke Kejohanan Remaja Asia di Doha.

Mengulas keperluan atlet yang akan ke Sukan SEA untuk menjalani ujian doping, katanya KOM akan memastikan kesemua atlet menjalani ujian tersebut terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan. – BERNAMA

Tags: Olahraga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd