• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minggu Terakhir Sidang Dewan Rakyat Cipta Sejarah!

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan minggu terakhir Dewan Rakyat yang berakhir semalam mencipta sejarah tersendiri apabila beberapa hari berlangsung sehingga awal pagi.

Semangat dan dedikasi untuk tidak dilabel sebagai ‘rubber stamp’, menyebabkan kebanyakan anggota Parlimen dari kedua-dua belah pihak membahaskan dengan panjang lebar dan mendalam beberapa rang undang-undang berkaitan keganasan tanpa menghiraukan kekangan masa.

Berdasar pemerhatian Bernama, kebanyakan rang undang-undang yang disenaraikan dalam aturan urusan mesyuarat bermula Isnin tidak melalui jalan mudah untuk kelulusan.

Malah pada minggu ini, menyaksikan tiga kali usul untuk ‘menghentikan jam’ digunakan untuk membolehkan persidangan dewan berlangsung selepas jam 12 tengah malam.

Kali pertama ketika perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang menjadi antara agenda utama kerajaan yang dibahaskan lebih 12 jam pada Selasa sebelum diluluskan pada 2.25 pagi Rabu.

Perbahasan berlarutan dan kadangkala tegang apabila wakil pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal dengan alasan rang undang-undang itu zalim, mengetepikan hak asasi manusia, dikhuatiri boleh disalah guna selain menyamakannya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada Rabu, terdapat lapan rang undang-undang yang disenarai untuk dibentangkan dan diluluskan sehingga memaksa mesyuarat sekali lagi berakhir selepas jam 12 tengah malam.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 diluluskan kira-kira 2.15 pagi pada Khamis.

Rang Undang-Undang lain yang diluluskan pada hari yang sama ialah Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015

Pada Khamis, sekali lagi ‘jam dihentikan’ sebelum Rang Undang-Undang Hasutan (Pindaan) 2015 diluluskan pada pukul 2.30 pagi, Jumaat.

Perbahasan terhadap pindaan Akta Hasutan 1948 itu mencipta rekod apabila diluluskan selepas kira-kira 14 jam dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan mengapa kerajaan mahu mempercepatkan kelulusan rang undang-undang dan mendakwa mereka tidak mempunyai cukup masa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang.

Berdasarkan pemerhatian Bernama, perbahasan sesuatu rang undang-undang kadangkala diselitkan dengan serangan peribadi terhadap wakil rakyat tertentu kedua-dua pihak menyebabkan sesi itu berlarutan dan berada di luar konteks.

Selain POTA, minggu ini turut menyaksikan beberapa rang undang-undang lain yang melengkapi POTA diluluskan iaitu Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 dan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari bersengkang mata, anggota-anggota Parlimen menerima khabar gembira apabila Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun mereka pada hari terakhir.

Gaji bulanan ahli Dewan Rakyat dicadang dinaikkan kepada RM16,000; anggota Dewan Negara (RM11,000); Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000).

Sidang Dewan Rakyat pada hari terahir juga mencipta rekod menjadi persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada pukul 4.25 pagi mengatasi rekod pada sidang sebelum ini pada 3.21 pagi. – BERNAMA

Tags: Ahli ParlimenDewan Rakyat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd