• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pulau Pinang Buru 26 Anggota Geng Kongsi Gelap

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang memburu 26 lelaki yang disyaki anggota geng kongsi gelap bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah keganasan di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata semua mereka yang terdiri daripada anggota geng 04, 08 dan 36 itu berusia antara 22 hingga 36 tahun dan dipercayai terlibat dengan pelbagai kes jenayah termasuk mempunyai rekod jenayah.

“Semua mereka itu adalah rakyat tempatan dan berasal dari negeri ini. Mereka juga berbahaya kerana memang terlibat dengan kes-kes jenayah keganasan di Pulau Pinang.

“Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mereka yang diburu ialah V.Mogan, 28; M.Tharmaraj, 21; J.Raymond,30; R.Elamaran, 29; M.Devandren, 23; G.Thinagaraju, 27; V.Poganeswaran, 33; M.Saravanan, 35; K.Moganathas, 27; T. Rudradevan, 22; S.Jeevarasan, 21; M.Murugan, 36; D.Tigendran, 28; dan R.Benjamin, 40;

R.Senthuran, 23; S.Sree Marethy, 26; S.Barathraj, 21; D.Thirukumaran, 22; Mohd Firdaus Abd Rahman, 31; M.Nithiyanatham, 22; G,Vivek, 22; V.Murugan, 23; K.Pasubathi, 26; V.Logeswaran, 25; M.Sivabalan, 22; dan P.Logeshwaran,29.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata empat daripada 26 lelaki yang dicari itu dipercayai terlibat dalam kejadian sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang tetamu pada satu majlis di sebuah restoran di Tanjung Tokong di sini 29 Mac lepas.

Polis percaya empat lelaki itu masih berada dalam negeri ini dan usaha mengesan mereka giat dijalankan, katanya.

Dalam kejadian pada 9.55 malam itu, lelaki berusia 50-an yang menghadiri sambutan kelahiran anak rakannya, cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang menyerang sebuah khemah di hadapan restoran berkenaan, yang turut menempatkan 15 tetamu lain. – BERNAMA

Tags: Kongsi GelapPulau Pinang
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

Rakyat Harus Bersyukur, Elak Bersikap Kufur – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan rakyat harus bersyukur kepada Allah S.W.T dengan pelbagai kejayaan yang...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd