• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Murid ‘Tertidur’ Ketika PM Britain Baca Buku Cerita

oleh
11/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Sama ada tertidur lena atau mungkin tunduk malu, gambar menunjukkan seorang kanak-kanak sekolah menutup mukanya di atas meja ketika Perdana Menteri Britain, David Cameron leka membaca buku cerita nyata mendapat perhatian ramai.

Akhbar tempatan pada Jumaat melaporkan, kejadian lucu tersebut berlaku ketika pemimpin United Kingdom itu melawat sebuah sekolah rendah awam Sacred Heart di Bolton dalam jelajah kempen pembaharuan ujian penilaian pendidikan kebangsaan atau SAT.

Parti Konservatif pimpinan Cameron akhir-akhir ini sibuk menarik sokongan rakyat agar menerima transformasi pelaksanaan SAT bagi membolehkan murid yang gagal dalam ujian itu pada kali pertama dapat mengulanginya semula sebelum naik darjah.

Kempen itu dibuat ekoran bantahan Kesatuan Perguruan Kebangsaan terhadap SAT yang didakwa amat membebankan murid dan ini menyebabkan Cameron menjelajah ke beberapa buah sekolah bagi meraih respons selain sokongan masyarakat.

Namun, program tersebut mendapat tumpuan ramai apabila jurugambar, Stefan Rousseau merakamkan aksi spontan Lucy Howarth tertidur di meja ketika Cameron membaca buku cerita kanak-kanak, The Paper Bag Princess karya oleh Robert Munsch.

Foto bersahaja itu pantas tersebar menerusi laman maya dan ramai pengguna media siber khususnya propembangkang menggunakan gambar tersebut bagi menyindir Cameron kononnya murid sekolah rendah pun boleh tertidur ketika dengar ‘celoteh’ beliau!

Bagaimanapun, perkara sebenar akhirnya terbongkar setelah satu video yang secara kebetulan dirakamkan seorang guru menunjukkan murid perempuan berusia enam tahun itu bukan terlena sebaliknya dia menunduk mukanya kerana berasa malu.

Rakaman video keseluruhan peristiwa itu mendedahkan Lucy sebelum itu gagal menjawab nama putera dalam kisah dongeng rakyat Inggeris tersebut ketika ditanya Cameron, lantas tertunduk malu sebelum pemimpin berkenaan menyambung semula cerita.

Cameron dilaporkan tidak berkecil hati kerana rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abott, bahkan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pun pernah mengalami keadaan sama: murid tertidur ketika dibacakan buku cerita! – Agensi/A.AMREE

Tags: BritainDavid Cameron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd