• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sadis.. Kanak-Kanak Dipukul & Dibiar Kebuluran Hingga Mati

oleh Ahmad Albab
11/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

OHIO – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat didera dan dibiarkan kelaparan, dalam kes yang mengejutkan dan disifatkan oleh forensik sebagai kes kebuluran paling teruk pernah dilalui mereka.

Kanak-kanak perempuan itu, Glenara Bates diperlakukan dngan kejam oleh ibu bapanya, Andrea Bradley, 28 dan Glen Bates, 32.

Glenara meninggal dunia di hospital pada 29 Mac lalu akibat dipukul dengan teruk malah terdapat lebih 100 luka dikesan pada badannya termasuk lebam akibat dibelasah dengan tali pinggang, cedera di kepala serta gigi patah.

Ketika dirawat di hospital, beratnya hanya 5.9 kilogram, iaitu sama dengan berat bayi berusia antara tiga hingga empat bulan.

Malah pada hari-hari terakhir hayatnya, Glenara diletakkan di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan najis dan darahnya.

Menurut forensik Lakshmi Kode Sammarco, beliau dan pasukannya mengambil masa selepas empat jam untuk merekodkan kecederaan yang dialami kanak-kanak malang itu.

“Penderaan yang dialami oleh kanak-kanak ini sesuatu yang sukar dipercayai. Ia amat menyedihkan kerana seekor anjing pun tidak akan dilayan sedemikian rupa.

“Jika ibu bapanya itu dijatuhi hukuman mati, maka saya memang menunggunya,’’ kata Lakshmi.

Susulan kejadian berkenaan, Andrea dan Gate telah ditangkap dan pendakwaraya kini mencadangkan supaya kedua-duanya dikenakan hukuman mati kerana membunuh anak mereka.- MYNEWSHUB.CC

Tags: kanak-kanakkebuluran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd