• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Raih Kemenangan Pertama Tewaskan India 3-2

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-24, selepas menewaskan India 3-2 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, di sini malam tadi.

Kemenangan tipis tersebut sekali gus melonjakkan semangat anak buah Tan Beng Hai untuk menharungi perlawanan seterusnya, selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut sebelum ini.

Pada perlawanan tertangguh selama satu jam ekoran hujan lebat itu, Faizal Saari meletakkan Malaysia di hadapan apabila menjaringkan gol pada minit ke-17 menerusi pukulan sudut penalti.

Kedudukan itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila India menjaringkan gol penyamaan menerusi Rupinder Singh pada minit ke-20, juga melalui pukulan sudut penalti.

Terikat 1-1, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan hasilnya Muhammad Haziq Samsul menceriakan 5,000 penyokong negara yang menyaksikan perlawanan itu apabila menyumbat masuk gol kedua Malaysia pada minit ke-35.

Walaupun ketinggalan satu gol, ia tidak mematahkan semangat anak buah Paul Van Ass dan Rupinder sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Namun, Mohd Shahrun Nabil Abdullah muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia selang tujuh minit kemudian.

Malaysia perlu memenangi baki dua perlawanan iaitu menentang Korea Selatan dan Kanada untuk berada di kedudukan terbaik pada kejohanan tersebut.

Skuad negara sebelum ini, tumpas 2-4 kepada New Zealand pada perlawanan pertama dan 2-3 kepada juara dunia Australia.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan, Beng Hai berkata beliau berpuas hati dengan rentak permainan skuad negara malam ini.

“Kesemua pemain mempamerkan persembahan terbaik mereka malam ini,” katanya.

Mengenai pertemuan menentang Korea Selatan esok, Beng Hai berkata beliau tidak dapat menjangkakan corak permainan pasukan lawan, namun berharap anak buahnya dapat menampilkan prestasi yang lebih baik.

Sementara itu, pada perlawanan berlangsung di venue sama petang tadi, Australia meraih kemenangan ketiga apabila mengalahkan Korea Selatan 5-2, manakala New Zealand menewaskan Kanada 5-0. – BERNAMA

Tags: hoki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd