• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Malaysia Harus Rebut Peluang Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia mahu ahli perniagaannya merebut peluang perniagaan di Indonesia secara agresif, selari dengan langkah kerajaan negara ini melakukan transformasi ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata reformasi ekonomi negara itu melibatkan pembangunan fizikal seperti projek pembinaan pelabuhan, empangan, jalan raya serta loji janakuasa elektrik yang menyumbang ke arah aspirasi pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus di republik ini menjelang 2019.

“Malaysia menyambut baik langkah-langkah reformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia di bawah kepimpinan Presiden Joko Widodo, dan menyifatkannya sebagai suatu ruang yang harus dimanfaatkan oleh Malaysia dan negara-negara anggota ASEAN.

“Saya percaya bahawa syarikat-syarikat Malaysia amat berminat untuk menyumbang dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat Indonesia dalam menjayakan projek-projek pembangunan baharu Indonesia,” katanya pada majlis Pertemuan Bersama Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin) di sini malam tadi.

Katanya kerajaan Indonesia memerlukan pelaburan sebanyak kira-kira US$420 bilion untuk projek pembangunan negara itu dari 2015 hingga 2019 dan daripada jumlah itu kira-kira 40 peratus memerlukan sumbangan swasta.

Muhyiddin berkata integrasi ekonomi melalui Komuniti Asean juga merupakan pemudah cara utama bagi pelaburan dan perdagangan di rantau ini, dan ahli-ahli perniagaan Indonesia secara kompetitif mahu memperluaskan perniagaan mereka di negara Asean termasuk Malaysia.

Katanya ahli perniagaan di rantau ini juga perlu mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai gagasan Komuniti ASEAN tahun ini, dan seterusnya mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud.

Beliau juga menggesa Majlis Perniagaan Malaysia-Indonesia dan Kadin meningkatkan hubungan masing-masing dalam usaha membuka pasaran perniagaan antara kedua-dua negara.

“Saya ingin menyarankan agar ketiga-tiga pihak dapat mengenal pasti potensi perniagaan dan seterusnya membantu pihak yang berminat untuk bekerjasama dalam merealisasikan hubungan perniagaan tersebut,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri itu berada di Jakarta sempena lawatan kerjanya selama tiga hari sejak Selasa lepas dan telah mengadakan pertemuan empat mata bersama Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla. – BERNAMA

Tags: usahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd