• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sewenangnya Kenakan Caj Perkhidmatan

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pemilik restoren, kopitiam dan hotel di negeri ini dingatkan agar tidak sewenang-wenangnya mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan sekiranya tidak mempunyai perjanjian bersama (CA) majikan-pekerja.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata peniaga perseorangan yang tidak mempunyai ‘CA’ tetapi didapati mengenakan caj perkhidmatan, boleh juga dikenakan denda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

“Sebelum ini kita dapati banyak restoren, kopitiam dan hotel mengenakan caj perkhidmatan ini, namun kita hanya senyap kerana menganggap ia perkara biasa.

“Namun daripada segi perundangan, hanya peniaga atau syarikat yang mempunyai collective agreement (CA) sahaja yang boleh mengenakan caj tersebut.

“Mana-mana syarikat yang didapati mengenakan caj perkhidmatan ini tanpa perjanjian tersebut pula boleh dikenakan denda RM500,000 untuk kesalahan kali pertama dan RM1 juta untuk kesalahan berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ops Catut di sebuah pasaraya di Indera Mahkota di sini hari ini yang turut disertai oleh pegawai dan kakitangan penguatkuasa KPDNKK Pahang.

Alwi berkata, hasil operasi yang dijalankan ke atas 12 buah premis di sekitar bandar Kuantan semalam mendapati tiga buah premis melakukan kesalahan berkenaan dan telahpun dikenakan tindakan notis.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai aduan berhubung caj perkhidmatan atau Caj Barang dan Perkhidmatan (GST) supaya menghubungi Pusat Gerakan Anti Pencatutan negeri di talian 09-5732117 atau 09-5732145.

Menurutnya sejak 1 April lepas, KPDNKK negeri telah menerima sebanyak 175 aduan dengan 82 kes berjaya diselesaikan. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd