• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Tiga Beradik Bergaduh Dengan Pemandu Teksi Didakwa

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bapa kepada tiga beradik yang bergaduh dengan seorang pemandu teksi di kawasan stesen minyak di sini akhir bulan lepas, hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan pemandu teksi itu.

Syed Fareid Yahya, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Lelaki itu, yang bertugas sebagai Ketua Jabatan Sumber Manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan, didakwa mencederakan Azmi Mat Mokhtar, 54, di hadapan Pejabat Pertanyaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Persiaran Kayangan, Seksyen 9 di sini kira-kira 4.30 petang pada 29 Mac lepas.

Syed Fareid didakwa mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan supaya lelaki itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Peguam Azad Bashir yang mewakili Syed Fareid, bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM1,500 atas alasan anak guamnya perlu menanggung isteri dan empat daripada tujuh anaknya.

Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin membenarkan Syed Fareid dibebaskan dengan jaminan RM2,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lepas, Azmi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas tuduhan mencederakan tiga anak perempuan Syed Fareid dan merosakkan kereta Myvi milik mereka di Stesen Minyak Petron, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, di sini pada 29 Mac lepas.

Mahkamah menetapkan 23 April ini untuk sebutan semula kes pemandu teksi itu.

Insiden pergaduhan Azmi dengan anak-anak perempuan Syed Fareid menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

– BERNAMA

Tags: kes gaduh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

Dua Lelaki Ditahan Bertumbuk Di Kedai Runcit

07/06/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang...

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

Budak Baju Merah Kena Tumbuk, Yang Lain Tengok Je…

12/04/2023
0

Kota Belud : Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang disyaki terbabit dalam pergaduhan hasil rakaman video yang tular di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd