• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Ditahan Bantu Kes Tembak

oleh Ahmad Albab
08/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penarik kereta cedera ditembak berhampiran pasar Jalan Patani, Sungai Pinang, di sini awal pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, lelaki dan wanita berusia 40-an yang juga pengusaha sebuah pusat hiburan di George Town itu ditahan di Jalan Ranggon, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Susulan penahanan mereka, polis turut merampas sebuah kereta dan satu paket plastik berisi ketulan lutsinar disyaki dadah. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Remaja Berwawasan Sempena Strategi Lautan Biru di Sekolah Menengan Kebangsaan Jelutong, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, lelaki berkenaan cedera ditembak oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mior Faridalatrash berkata, seorang juruteknik kilang cedera di kepala dan luka di kedua-dua belah lutut selepas terjatuh dan diseret dua lelaki yang meragutnya di Jelutong, di sini semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, wanita berusia 50 tahun itu sedang menunggu van kilang untuk ke tempat kerja di Bayan Lepas sebelum dua lelaki menaiki sebuah motosikal meragut beg tangan mangsa.

“Dua lelaki menaiki sebuah motosikal itu datang dari arah belakang mangsa dan menarik beg tangan wanita itu menyebabkan mangsa terjatuh dan diseret beberapa meter. Bagaimanapun suspek gagal memperoleh beg itu,” katanya.

Beliau berkata, tiada kamera litar tertutup di kawasan itu dan polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

https://youtu.be/wQ801DmIsmE

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd