• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emas, Batu Permata Bernilai Ratus Juta Dirompak

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH kedai emas yang turut menyimpan suku daripada emas di ibu kota dipecah masuk oleh sekumpulan perompak mahir pada Isnin.

Kumpulan perompak yang dipercayai menggunakan alat pemotong berkuasa tinggi telah berjaya memecah sebanyak 300 peti deposit keselamatan yang menyimpan emas milik warga London di Hatton Garden Jewellery.

Selain emas, perompak juga berjaya melarikan batu permata bernilai puluhan juta pound selepas memasuki bangunan berkenaan melalui saluran lif.

Walaupun kedai emas itu menyimpan sebahagian besar barangan milik pengusaha emas dan individu di London tetapi tahap keselamatan yang digunakan didakwa tidak begitu sempurna.

Seorang pengusaha kedai emas, Norman Bean berkata, Hatton Garden tidak dikawal selama 24 jam dan tindakan itu memudahkan perompak memasuki bangunan berkenaan.

“Saya menyimpan berlian bernilai £500,000 di dalam peti deposit keselamatan di Hatton Garden selain barangan kemas bernilai £35,000.

“Saya bimbang ia telah hilang dilarikan kumpulan perompak kerana kami tidak dibenarkan memasuki bangunan berkenaan,” katanya.

ht3

Seorang penjual batu permata, Mohammad Shah, 53, memberitahu, perompak tersebut bukan sahaja mahir tetapi bijak menyesuaikan masa untuk melakukan rompakan – ketika orang ramai bercuti.

“Saya menyimpan banyak barangan di dalam peti deposit keselamatan di sini yang bernilai ratusan ribu pound. Memang saya mempunyai perlindungan insurans tetapi terdapat barangan yang sukar ditemui.

“Saya mungkin tidak akan mendapat ganti bagi barangan yang sukar ditemui walaupun mendapat pampasan insurans sekiranya ia hilang,” ceritanya.

– mStar Online

https://youtu.be/PGyLeWOGKSc

Tags: rompakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

Kumpulan Bersenjata Di Gaza Rompak Cawangan Bank Of Palestine

04/05/2024
0

PARIS : Kumpulan bersenjata di Gaza, merompak Bank of Palestine kira-kira 70 juta Shekal (RM89 juta), lapor akhbar harian Perancis...

Dua Lelaki Rompak Kedai Emas Ketika Solat Jumaat Diburu

13/05/2022
0

PETALING JAYA: Ketika orang ramai sibuk menunaikan solat Jumaat, dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan untuk melakukan rompakan di sebuah kedai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd