• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharnaaz Ada Hak Komen Kemenangan Saya – Shah Iskandar

oleh AK-47
10/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM kami ada menyiarkan artikel kenyataan berani Sharnaaz Ahmad yang tidak reda dengan kemenangan Shah Iskandar selaku Pelakon Lelaki TV Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014), Ahad lalu.

BACA: Sharnaaz Tidak Redha Kalah Di Tangan Shah Iskandar

Susulan itu, Shah Iskandar berpendapat aktor berbadan sado itu berhak untuk bersuara dan mempersoalkan kemenangannya kerana dia juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut.

“Saya hanya boleh katakan no comment mengenai perkara ini kerana itu merupakan hak dia untuk lontarkan pendapat.

“Bagi saya sesiapa pun berhak untuk bersuara kerana itu merupakan hak masing-masing sebab mereka juga berkerja keras untuk memenangi anugerah tersebut,” katanya.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33 berjaya mengekal gelaran Pelakon Lelaki TV Popular selama dua tahun berturut-turut dalam acara ABPBH.

Kemenangan ini sekaligus menewaskan Aaron Aziz, Amar Baharin, Adi Putra dan  Sharnaaz Ahmad yang turut bersaing dalam kategori berkenaan.

Dalam pada itu, Shah Iskandar menganggap kemenangan ini adalah rezeki daripada Allah dan hasil usaha peminat yang mengundi dirinya.

“Kemenangan ini merupakan hadiah kepada peminat yang sentiasa menyokong dan mengundi hingga saya meraih kejayaan,” jelasnya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Tags: Sharnaaz Ahmad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sharnaaz Fail Nusyuz Terhadap Nabila

30/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Kemelut perkahwinan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad dan isterinya Noor Nabila Mohd. Noor memasuki episod baharu apabila...

Noor Nabila Fail Permohonan Hak Jagaan Sementara Anak

19/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila Mohd. Noor memfailkan permohonan interim hadhanah (hak jagaan sementara) anak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd