• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

POTA Tidak Sama Seperti ISA – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mencadangkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) kerana mendapati keperluan satu undang-undang khas bagi membanteras kegiatan keganasan di negara ini malah sejak kebelakangan ini terdapat rakyat Malaysia yang terbabit dengan kegiatan itu di luar negara.

Timbalan perdana menteri berkata akta baharu itu memberi kuasa eksekutif kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong.

POTA tidak memberi kuasa kepada menteri untuk melaksanakannya dan kerajaan memberi jaminan tidak ada campur tangan dengan kuasa politik, katanya mengenai rang undang-undang itu yang baru diluluskan Dewan Rakyat, dalam sesi soal jawab pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Malaysia di sini malam tadi.

Beliau menegaskan POTA tidak sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan.

“Ada orang membuat dakwaan kononnya POTA adalah ‘ISA 2’ dan dakwaan ini tidak benar kerana ia khusus untuk menangani masalah berkaitan keganasan,” katanya sambil menjelaskan bahawa orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masing-masing.

Rang Undang-undang POTA diluluskan di Dewan Rakyat awal pagi semalam setelah perbahasan mengenainya mengambil masa sehingga 12 jam apabila pihak pembangkang
terus menekankan tanggapan ia sama seperti ISA.

Muhyiddin turut kesal dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan mengenai usaha melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk kononnya ia bertujuan untuk membayar hutang kerajaan.

GST bukanlah untuk membayar hutang sebaliknya bertujuan untuk menambah baik sistem pencukaian negara malah Malaysia adalah negara ke-161 di dunia yang melaksanakan cukai itu.

Beliau berkata GST bertujuan memperbaiki kelemahan sistem percukaian sebelum ini dan mengatasi ketirisan kerana terdapat pihak yang mengenakan cukai terhadap pengguna tetapi tidak membayarnya kepada kerajaan.

“Kita berilah sedikit masa untuk stabilkan harga selepas GST ini dilaksanakan dan kerajaan bersedia menerima sebarang aduan daripada rakyat menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan serta Jabatan Kastam,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, timbalan perdana menteri berkata terdapat banyak lagi ruang dan peluang yang harus ditingkatkan dalam usaha mempererat hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

Katanya walaupun lawatannya di Jakarta adalah singkat namun beliau akan membincangkan banyak perkara mencakupi bidang ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya.

Muhyiddin berkata nilai dagangan antara Malaysia dan Indonesia adalah sebanyak USD20.61 bilion pada tahun 2014 dan ia menurun berbanding tahun 2013, sebanyak USD23.98 bilion.

“Malaysia adalah negara ketiga pelabur terbesar di Indonesia dan kita akan berusaha meningkatnya lagi,” kata beliau.

Beliau berkata dalam bidang pendidikan pula, Malaysia sememangnya berhasrat menjadi hab pendidikan bagi Asia dan akan membuka ruang kepada pelajar asing untuk memasuki institusi pengajian dengan sasaran sebanyak 200,000 orang.

Selain itu terdapat cadangan menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai lingua franca di peringkat antarabangsa dan ia akan diusahakan oleh sebuah jawatankuasa bersama antara kedua-dua buah negara.

Muhyiddin berada di Jakarta sejak semalam dalam rangka lawatan kerja tiga hari dan beliau dijadual bertemu dengan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla hari ini.

– BERNAMA

Tags: POTA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Akta Cukup Kuat Tangani Ancaman IS – Khalid

15/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Tiga akta sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang aktiviti ekstremisme termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS) di...

POTA Bukan Untuk BN Tapi Perisai Jaga Keamanan Negara

15/04/2015
0

KOTA KINABALU - Rang Undang-Undang Pencegah Keganasan (POTA) 2015 bukan untuk Barisan Nasional (BN) tetapi sebagai perisai bagi menjaga keamanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd