• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Maut Dirempuh Lori

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Seorang pemandu lori maut selepas dirempuh sebuah lori ketika turun dari lorinya di Km240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), arah utara berhampiran plaza tol Pedas-Linggi dekat sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu, R. Loganathan, 65, tercampak ke tengah lebuh raya akibat rempuhan itu dan mati di tempat kejadian, menurut kelindannya, R. Pirathivi.

Pirathivi, 24, berkata rakan sekerjanya itu memberhentikan lori dipandunya di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan untuk membuang air kecil dan ketika turun dari lorinya, tiba-tiba sebuah lori merempuhnya.

“Saya amat terkejut dengan kejadian di depan mata saya itu. Saya kemudian bergegas turun dari lori untuk mengangkat rakan saya ke tepi lebuh raya,” katanya kepada Bernama.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menurutnya punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

17/02/2026
0

Rawang: Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd