• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Terima Notis Pemberitahuan Kekosongan Kerusi Rompin

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan telah menerima notis pemberitahuan mengenai kekosongan kerusi kawasan Parlimen Rompin daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sehubungan itu suruhanjaya berkenaan akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam masa terdekat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

“Antara tarikh yang akan ditentukan dalam mesyuarat khas itu adalah penamaan calon, pengundian awal, pengundian biasa dan menentukan daftar pemilih yang akan diguna pada PRK Parlimen Rompin,” katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz menjelaskan SPR perlu mengadakan mesyuarat khas jika berlaku kekosongan kerusi sama ada bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak awal daripada empat hari dan tidak lebih daripada 10 hari dari tarikh penerimaan notis pemberitahuan kekosongan sesuatu kerusi.

“Menurut Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, SPR perlu mengadakan PRK dalam tempoh 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan,” katanya.

PRK Rompin perlu diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu.

Selain Jamaluddin, tragedi itu turut mengorbankan lima yang lain termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang helikopter Clifford William Fournier Jr, pembantu operasi Aidana Baizieva, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei 2013, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi. – BERNAMA

Tags: PRKSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd