• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Boleh Mengharap Gelaran Juara Dunia Ketika Ini

oleh Ahmad Albab
06/04/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak boleh meletakkan harapan untuk menjadi juara dunia ketika ini atau menjuarai Terbuka Malaysia memandangkan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak menyertai kejohanan minggu lepas.

Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata selalunya, Malaysia mempunyai kedudukan kuat dalam acara perseorangan, terutama apabila Chong Wei bermain dalam sesuatu kejohanan.

“Kami tak sempat berbuat apa-apa minggu lepas. Tidak mungkin kami dapat mengambil langkah berkesan dalam tempoh sesingkat itu kerana selalunya, sekurang-kurangnya dua hingga empat tahun diperlukan untuk membentuk pemain yang mampu beraksi cemerlang di litar antarabangsa.

“Janganlah mengharapkan Malaysia akan menduduki tangga nombor satu dunia ketika ini. Kalau anda lihat kepada titik permulaan, maka di situlah kami ketika ini. Saya berpendapat, prestasi pada Terbuka Malaysia sangat baik bagi kami.

“Saya rasa, keseluruhan prestasi yang dipamerkan adalah baik,” katanya kepada pemberita di pejabat BAM di Bukit Kiara di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa pemain mempamerkan prestasi lebih baik daripada yang beliau jangka, tetapi mereka masih perlu membuat penambahbaikan pada masa akan datang, walaupun mereka memiliki potensi yang baik.

Frost berkata beliau dimaklumkan oleh jawatankuasa eksekutif bahawa para pemain berkenaan (Tan Boon Heong, Hoon Thien How dan Lim Khim Wah) dibenar meninggalkan BAM tanpa dikenakan sebarang penalti.

“Garis panduan akan dibuat, harap-harap, kami akan dapat membuat persiapan dalam masa 4-5 minggu sebelum mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan BAM,” katanya. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd