• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Menarik Jamaluddin Jarjis, Najib Dan Obama…

oleh AK-47
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) meningkat ke tahap lebih tinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan perkembangan positif ini boleh dikaitkan dengan usaha yang dilakukan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Siapa yang boleh lupakan ketika Allahyarham secara rasmi memperkenalkan dirinya kepada Presiden Barack Obama apabila dengan bangganya memakai sepasang baju Melayu yang lengkap pada majlis penyerahan watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat pada 4 Nov 2009 di Oval Office, pada permulaan penggal perkhidmatan beliau sebagai duta Malaysia.

Sejak itu, Jamaluddin bekerja tanpa mengenal erti penat dalam usaha mempromosikan kepentingan Malaysia dalam koridor kuasa di Washington DC dan melewati sempadannya.

Sebaik tersebarnya berita Allahyarham Jamaluddin terbabit dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor, semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penghormatan kepada kenalan lama beliau, dan berkata Allahyarham Jamaluddin individu yang berkebolehan tinggi, banyak berjasa untuk kerajaan, parti dan negara.

Selepas meninjau tapak nahas, Najib, yang dilihat cuba menahan sebak pada sidang media itu, berkata: “Tan Sri Jamaluddin memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan Malaysia dan AS”.

Sesiapa yang pernah bertemu Jamaluddin — atau lebih dikenali sebagai JJ - pasti tahu apa yang beliau boleh lakukan di belakang tabir.

Seorang koresponden Bernama mengimbas kembali bagaimana beliau pernah menyatakan secara bersahaja kepada Allahyarham tentang kemungkinan Najib bergambar bersama-sama Presiden Amerika yang dirakamkan di luar persidangan serantau.

“Yang mengejutkan saya, beliau mampu melakukannya – bukan mudah untuk melaksanakannya dalam keadaan biasa – beberapa hari kemudian, gambar perdana menteri kita bersama-sama presiden AS terpampang dalam kebanyakan akhbar utama,” katanya.

Menurut beliau, Najib sendiri sama sekali tidak menyangka namun gembira, apabila Obama menjemput beliau untuk sesi foto berdua itu, semasa mesyuarat berhenti rehat.

Bagi pemerhati, sesi foto itu penting memandangkan Najib satu-satunya pemimpin pada mesyuarat berkenaan yang mendapat keistimewaan itu.

Ini, kata wartawan itu, adalah bukti pengaruh dan kesungguhan Allahyarham untuk merealisasikan agenda hubungan Kuala Lumpur-Washington.

Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y. Yun berkata Jamaluddin, 63, memberi sepenuh komitmen dan dedikasi dalam kerjasama kedua-dua negara.

“Hubungan dua hala yang begitu kukuh antara kita, sebahagian besarnya hasil daripada kreativiti, kegigihan dan wawasan beliau,” katanya.

Atas usahanya yang tidak pernah luntur untuk menonjolkan kepentingan Malaysia, Jamaluddin pernah digelar ‘Jurujual Terbaik Malaysia’ oleh kumpulan ahli perniagaan terkemuka di Washington.

Seorang tokoh yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang perniagaan, Allahyarham memanfaatkan pengalamannya dalam dunia korporat untuk meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan AS ke tahap lebih tinggi.

– BERNAMA

Tags: Jamaluddin Jarjis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saman Ibu Jamaluddin Terhadap 2 Cucu Gagal Selesai

13/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Kes saman antara ibu kepada Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah terhadap dua cucunya berhubung dakwaan...

Jawapan Balu JJ Terhadap Harta Sepencarian 18 April

04/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi menetapkan 18 April ini bagi balu Allahyarham Tan Sri Dr....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd