• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi Ragut 104 Nyawa Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga kematian akibat denggi dilaporkan dalam tempoh empat hari sejak Ahad lepas, menjadikan jumlah kematian akibat deman denggi meningkat kepada 104 kes pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata jumlah kes kematian akibat denggi dalam tempoh Januari hingga kini telah meingkat 76.3 peratus berbanding 59 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata dalam tempoh empat hari sejak Ahad, sebanyak 890 kes baharu denggi dilaporkan, menjadikan jumlah 33,425 kes setakat tahun ini berbanding 24,510 kes pada tempoh sama tahun lepas.

Dr Lokman Hakim berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Pergerakan Bebas Denggi Malaysia (DFMM) yang disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, di sini, hari ini.

DFMM diasaskan atas inisiatif Country Heights Holdings Berhad dan Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sebagai penaung.

Dalam ucapan pelancaran itu, Tengku Amir bertitah rakyat perlu mengubah pemikiran mereka dan mengumpul usaha untuk memerangi nyamuk aedes yang boleh membawa maut.

“Membasmi denggi memerlukan sokongan semua pihak dan penyertaan penuh komuniti,” titahnya.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan pengasas Country Heights, Tan Sri Lee Kim Yew. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd