• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Melayu Kini Ketandusan Tokoh – Wartawan Veteran

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Wartawan Melayu di negara ini kini ketandusan tokoh yang boleh memberi kepimpinan dan panduan kepada mereka, terutama kepimpinan yang melibatkan masa depan orang Melayu, kata seorang wartawan veteran Dr Alias Mohamed.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPMM) berkata wartawan Melayu sedang dilanda “zaman kegersangan kepimpinan yang serius” setelah ramai wartawan veteran yang tersohor meninggalkan dunia kewartawanan tempatan.

“Masyarakat wartawan Melayu hari ini ramai ‘David’ tanpa ‘Goliath’, ramai yang ‘mediocre’ dan tidak ada pemimpin yang membawa pengikutnya seperti Nabi Musa a.s. yang membelah Laut Merah untuk menyelamat pengikutnya dari buruan Firaun,” katanya pada mesyuarat agung pertama persatuan itu di sini, Sabtu.

Alias, bekas wartawan Berita Harian dan New Straits Times, adalah bekas Setiausaha Akhbar kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Beliau berkata ramai wartawan baharu kini tidak mempunyai tokoh yang boleh diikuti mereka, dan keadaan mereka ini boleh disifatkan sebagai ‘anak-anak ayam yang kehilangan ibu’.

Berbanding dahulu di mana terdapat ramai tokoh wartawan seperti Tan Sri A Samad Ismail dan Tan Sri Melan Abdullah yang banyak memainkan peranan dalam masyarakat yang bergolak.

Mereka adalah tokoh-tokoh yang berpengaruh dan disegani oleh para pengendali dan peneraju kuasa, katanya.

Beliau berharap wartawan Melayu bersatu supaya dapat membantu dan memberi perspektif mereka yang lunak kepada pemimpin-pemimpin Melayu sementara menunggu wartawan-wartawan baharu menjadi matang.

Mengenai hala tuju PKWPMM, Alias berkata bagi rancangan masa pihaknya bercadang menganjurkan perjumpaan dengan Pesatuan Wartawan Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam untuk mengeratkan kerjasama dengan wartawan di ketiga-tiga negara itu. – BERNAMA

Tags: wartawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd