KLANG – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili mengenai penstrukturan semula industri bekalan air Selangor, minggu depan.
Katanya, perbincangan peringkat pegawai kerajaan bagaimanapun telah bermula lebih awal iaitu dua minggu lepas di antara delegasi kerajaan negeri yang diketuai setiausaha kerajaan negeri.
“Kerajaan negeri sememangnya mahu dan kami menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan rundingan, dengan syarat ia mestilah berpegang kepada terma dan syarat perjanjian asal,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Blok A Pusat Pemborong GM Klang di sini hari ini.
Pada 25 Mac lepas, Ongkili menegaskan pihaknya masih mengekalkan terma perjanjian utama tersebut selepas berbincang dengan kerajaan Selangor pada 23 Mac lepas.
Beliau menyatakan, status dua aset tanah di Bukit Nanas dan Semenyih yang terlibat dalam perjanjian utama itu akan ditentukan selepas perbincangan seterusnya antara kedua-dua belah pihak. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=7R5lbg4sOyI

