• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Ditimpa Pokok Yang Ditebang

oleh Ahmad Albab
04/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang penebang balak maut apabila dihempap pokok yang ditebangnya di kawasan hutan berhampiran Pos Pasik di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata dalam kejadian pada 8.30 pagi itu, Nirwan Sabir, 64, berasal dari Tawau, Sabah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan menjalankan kerja menebang pokok di kawasan hutan berkenaan. Sebaik pokok yang ditebang tumbang, mangsa tidak sempat melarikan diri dan ditimpa pokok berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Saiful Bahri berkata rakan-rakanya yang terselamat, segera membantu mengeluarkan mangsa untuk dihantar ke Klinik Kesihatan Dabong sebelum dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Dalam perkembangan lain, seorang warga Indonesia meninggal dunia dalam perjalanan ke HGM petang semalam setelah mengadu tidak sihat kepada seorang penduduk di kebun getah tempatnya bekerja di Pos Blau di sini.

Dalam kejadian pada 3.30 petang itu, mangsa Hasan Takir, 48, meminta seorang penduduk, Mohd Noor Sulaiman, 38, menghantarnya ke HGM dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik seorang penduduk.

“Tiba-tiba Hasan kelihatan tidak bernyawa semasa berada dalam kenderaan tersebut…mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan dari Pos Blau,” kata Mohd Noor ketika ditemui di bilik mayat HGM. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

Wanita Maut, Dua Cedera Kemalangan Tiga Kenderaan

17/02/2026
0

Rawang: Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 443.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd