• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lembaga Perindustrian Nanas Tawar Program Bantuan Kepada Petani

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Wilayah Timur membuka tawaran kepada petani secara individu ataupun berkelompok bagi mengusahakan tanaman nanas dalam usaha mempertingkat pengeluaran industri nanas di negara ini.

Penolong Pengarah LPNM Wilayah Timur Ashazana Abd Rahman berkata LPNM akan mengeluarkan bantuan bagi penanam nanas yang mematuhi syarat pada tahun ini di seluruh negeri Terengganu.

Katanya mereka yang memohon bantuan mestilah warga Malaysia dengan melengkapkan borang di samping menyertakan salinan kad pengenalan, salinan geran tanah atau surat tol atau mendapatkan surat kebenaran daripada Pentadbir Tanah dan surat pembayaran cukai tanah yang terkini.

“Keutamaan akan diberi kepada permohonan yang mempunyai keluasan tanah 2 hektar ke atas dan yang mengutamakan corak tanaman tunggal serta tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa kecil permohonan bantuan,” katanya lagi.

Ashazana menambah bantuan akan diberi secara pakej membabitkan tanaman baharu RM3,150 sehektar di samping insentif seperti racun, baja, hormon dan benih sehingga 15,000 unit.

Menurutnya permohonan yang mendapat kelulusan akan diberi tempoh 3 bulan untuk bertanam dari tarikh kelulusan diberikan.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Hazman Jusoh (010-4188787) bagi daerah Kemaman dan Dungun, Abdul Razak Muhiddin (017-7123750) bagi daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang, Siti Rafidah Md Upon (013-7646663) bagi daerah Kuala Nerus dan daerah Setiu dan Besut hubungi Kamarulfahmi Katimin (017-7976563). – BERNAMA

Tags: Petani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan...

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd