• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GRO Rakyat Asing Ditahan Di P.Pinang & Muar

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 41 pelayan pelangan (GRO) rakyat asing ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di dua pusat hiburan di negeri ini malam tadi.

Penolong Pengarah Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata 21 wanita rakyat asing yang sedang melayan pelanggan ditahan dalam serbuan di pusat hiburan di Jalan Baru, Perai di sini pada 11 malam.

“Kesemua mereka iaitu 15 wanita Vietnam, lima China dan seorang Thailand berusia dalam lingkungan 20-an. Mereka dipercayai bekerja di premis hiburan itu sejak beberapa bulan lepas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an yang dipercayai pemilik premis hiburan itu.

Abdul Rahman berkata dalam serbuan kedua, pihaknya menahan 20 GRO rakyat asing di sebuah pusat hiburan di Jalan Burmah, George Town dekat sini 10 malam tadi.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 15 rakyat Vietnam dan lima rakyat China berumur antara 20-an dan 30-an. Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang merupakan penjaga premis itu.

“Kesemua 41 GRO yang ditahan dalam dua serbuan itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan tidak memiliki premit yang sah untuk bekerja di negara ini,” katanya.

Di MUAR, sebanyak 48 GRO ditahan dalam operasi bersepadu polis dan JabatanImigresen di empat pusat hiburan di bandar ini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua GRO warga Vietnam berumur antara 20-an dan 40-an itu ditahan dalam operasi bermula 12 tengah malam tadi, melibatkan 35 anggota dan pegawai agensi berkenaan.

“Kesemua wanita yang ditahan ini dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan di premis yang kita serbu ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kesemua tahanan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Pelacurwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd