• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perancis Mahu Denda, Penjara Model Tubuh Kurus Kering

oleh
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Setelah berjaya dilaksanakan di Israel, Sepanyol dan Itali, kini tiba giliran Perancis menjadi negara terbaharu yang akan mengenakan larangan serta hukuman denda terhadap model yang didapati bertubuh terlalu kurus kering.

Di bawah pelan undang-undang pembaharuan kesihatan yang sedang dibahas Parlimen Perancis, mana-mana agensi termasuk pengeluar pakaian dan pereka fesyen dilarang menggunakan peragawati dengan badan amat kurus.

Menurut draf undang-undang tersebut, semua model termasuk warga asing yang berhasrat menjadi peragawati dalam mana-mana acara di Perancis akan dinilai mengikut standard kesihatan paling ketat oleh pihak berkuasa negara itu.

Model tersebut perlu membuktikan diri mereka tidak kurus sangat dengan memiliki sijil pentauliahan kesihatan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Perancis iaitu memiliki indeks jisim tubuh atau body mass index (BMI) minimum 18.

Setiap peragawati kemudian akan diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berat badan secara jadual berkala oleh doktor bertauliah dan jika berdegil menjadi model walaupun tubuh kurus, mereka boleh didakwa di mahkamah tempatan.

Isabelle Caro maut pada 2010 akibat menderita penyakit badan terlalu kurus. – Gambar hiasan

Sabit kesalahan, peragawati berkenaan yang terbukti kekurangan berat badan boleh dikenakan hukuman denda sehingga 75,000 euro (RM298,544) atau penjara dalam tempoh tertentu sebagai pengajaran kepada model-model lain.

Badan terlalu ramping menjadi perbincangan sejak akhir-akhir ini di Perancis malah industri modelling dan pihak media sering didakwa sengaja menanamkan obsesi tentang badan yang sangat kurus kepada perempuan sebagai bertubuh menarik.

Ramai peragawati dipaksa melakukan diet tidak masuk akal demi memelihara kelangsingan tubuh agar berjaya dalam dunia modelling dan salah satu contoh ekstrem ialah Isabelle Caro, model yang akhirnya meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Model dan aktres sensasi yang dilahirkan pada 1980 serta berasal dari Marseille ini maut akibat penyakit anorexia nervosa atau kurus keterlaluan pada 2010 dengan memiliki rekod berat badan hanya 33 kilogram. – Agensi/A.AMREE

Tags: BMIKURUSmodelperagawatiPerancis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

Perancis Perkenal Hidangan €1 (RM4.60) Untuk Pelajar Universiti

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Kerajaan Perancis memperluaskan skim makanan universiti berharga hanya €1 (sekitar RM4.60) kepada semua pelajar universiti dalam...

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

Live Lucah : Model Rusia Buat Laporan Polis

08/11/2025
0

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Dirinya Dirakam Ketika Lelaki Buat ‘Live’ Lucah di Kedai Makan OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd