• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas RapidKL Terbakar, 30 Penumpang Nyaris Maut

oleh Ahmad Albab
03/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 30 penumpang Rapid KL nyaris maut apabila bas yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kejadian di Jalan Ipoh, berhampiran Pasar Borong Selayang, di sini, malam tadi.

Kemalangan jiwa dapat dielakkan hasil tindakan pantas pemandu yang memberhentikan bas berkenaan di bahu jalan dan mengarahkan semua penumpang turun selepas menyedari sesuatu tidak kena dengan kenderaan itu pada kira-kira jam 9 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, 17 anggota dari Balai Bomba Hang Tuah, Jinjang dan Gombak bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 9.10 malam.

“Ketika bomba tiba, api sudah pun marak membakar 90 peratus bahagian bas. Bagaimanapun, api dapat dikawal dalam tempoh dua minit.

“Semua penumpang berjaya dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan pasukan forensik bagi mengenal pasti punca kejadian.

– Berita Harian Online

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

https://youtu.be/uXyiZbqfS_I

Tags: rapid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rapid Bas Tubuh Pasukan Khas Tuntutan Insurans

17/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan insiden membabitkan bas...

BRT KL-Klang Dibatalkan Bertindih Dengan LRT 3

28/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Projek Bas Rapid Transit (BRT) laluan Kuala Lumpur (KL)-Klang dibatalkan kerana ia bertindih dengan cadangan projek Transit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd