• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jentera BN Di Permatang Pauh Sudah Bergerak Sejak Februari

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Jentera Barisan Nasional (BN) sudah sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sejak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said, berkata jentera pilihan raya kecil Permatang Pauh peringkat negeri dan parlimen diwujudkan sejak Februari lalu.

“Jentera pilihan raya sudah bergerak sejak Anwar didapati bersalah dan kami bersiap sedia pada bila-bila masa, ..sekarang ini kami hanya menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata berdasarkan pemantauan yang dilakukan jentera BN di kawasan itu, beliau yakin suasana politik di Permatang Pauh sudah berubah dan rakyat Permatang Pauh akan mengambil peluang pada pilihan raya kecil itu untuk menunjukkan perpaduan.

“Beberapa isu berbangkit terutama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan isu terlalu besar kerana kesan dan kebaikannya akan dapat dirasai oleh rakyat dalam masa terdekat, ..kami yakin boleh menangani isu itu,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam kenyataan hari ini berkata Anwar hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac lalu iaitu sebaik saja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon ketua pembangkang itu.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh dilapor berkata Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu.

Ditanya sama ada UMNO Permatang Pauh sudah mengemukakan nama calon BN untuk kerusi parlimen itu, Mohd Zaidi berkata perkara itu tidak dibincang pada pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Semalam BN Pulau Pinang mengadakan pertemuan dan mesyuarat awal dengan Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya dan beliau (Muhyiddin) memaklumkan akan turun padang untuk melihat persiapan kami dalam masa terdekat.

“Pemilihan calon kami serah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan timbalannya untuk diputuskan. Kalau mereka minta, saya akan beri nama yang terbaik dan bersesuaian. Kalau boleh saya hendak calonkan satu nama saja. Setakat ini kami mempunyai beberapa calon yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNPRK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

Kemenangan BN Di Melaka Kelak Adalah Hatrik, Insya-Allah – Azhar Sulaiman

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Azhar Sulaiman yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencatat kejayaan hatrik dengan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd