• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Sekeluarga Maut Kereta Bertembung Lori

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN — Empat sekeluarga maut selepas kereta Proton
Waja yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 138 Jalan
Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah, Rompin, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian pada 5.35 pagi itu ialah pemandu kereta
berkenaan, Rohaizan Paimon, 38, isterinya, Sallyza Hakim Lokma Nulhakim, 32,
serta dua anak mereka, Nur Allysha Adrieanna Hakim, 6, dan Muhammad Nur Irfan
Danish, 4 tahun.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor
Yusof Ali berkata, kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan
parah di kepala dan badan.

“Kejadian berlaku semasa empat beranak yang berasal dari perumahan Kampung
Kerang Darat, Jalan Kuantan By-Pass dekat sini dalam perjalanan dari arah
Segamat menghala ke Kuantan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu Rohaizan dipercayai
hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lau bertembung dengan lori
tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Daerah Rompin untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, keadaan di tempat kejadian agak berselekoh dan sedikit
berbukit dan polis kini sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.– BERNAMA

(Gambar: Harian Metro)

VIDEO SAMPINGAN – BUKAN KEJADIAN DI ATAS

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd