• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemergian Mohd Po’ad Satu Kehilangan Besar Bagi Saya

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menyifatkan kepulangan ke Rahmatullah Setiausaha Sulitnya, Datuk Mohd Po’ad
Jelani akibat barah Lymphoma, satu kehilangan besar bagi beliau dan Pejabat
Perdana Menteri.

Najib berkata sepanjang hayatnya, Allahyarham Mohd Po’ad telah menjalankan
tanggungjawabnya dengan begitu dedikasi dan amanah serta mempunyai keperibadian
baik.

“Saya amat sedih dengan pemergian Mohd Po’ad kerana beliau telah bekerja
dengan saya sejak tahun 1999 ketika saya Menteri Pendidikan.
    
“Saya ambil beliau bekerja dengan saya selepas melihat ciri-ciri kepimpinan
yang ada pada beliau sebagai Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia,” katanya
kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid TUDM Subang di
sini malam ini.

Mohd Po’ad, 50, meninggal dunia di Hospital Raffles, Singapura pada pukul
9 pagi ini ketika sedang menjalani rawatan barah Lymphoma.

Najib tiba di masjid berkenaan pada pukul 7.30 malam bagi menziarahi jenazah
dan menunaikan solat Maghrib berjemaah disusuli solat jenazah.

Beliau turut menemui keluarga Allahyarham bagi menzahirkan ucapan takziah
kepada mereka.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Anggota Parlimen Baling Datuk
Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan warga kerja Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri sebelum ini berada di Sarawak untuk lawatan kerja dua hari.

Jenazah yang diterbangkan dari Singapura tiba di pangkalan TUDM Subang 6
petang sebelum dimandi, dikafan serta disembahyangkan di masjid berkenaan dan
seterusnya dibawa ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang untuk
dikebumikan selepas solat Isyak.

Sementara itu, anak saudara Allahyarham, Ana Farahah Mohd ketika ditemui
pemberita berkata bapa saudaranya sebelum ini dimasukkan ke Hospital Ampang
ketika cuti sekolah baru-baru ini.

Beliau berkata Allahyarham kemudian dibawa ke Singapura pada Selasa lepas
bagi menjalani rawatan kimoterapi di sana.

“Pakcik ialah seorang yang tegas tetapi pemurah dan baik hati serta menjaga
kebajikan anak-anak buahnya,” katanya.

Usaha pemberita untuk menemu bual isteri dan anak-anak Allahyarham
bagaimanapun gagal.

Mohd Po’ad yang berasal Kampung Janda Baik, Bentong meninggalkan isteri,
Datin Hamizah Abdul Khalid, 48, dan tiga orang anak, iaitu Nabilatasha, 23,
Nabila Afiqah, 21, dan Muhamad Irfan Hazim, 16.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai pegawai khas Najib di Kementerian
Pendidikan pada 1999.

Mohd Po’ad kemudian menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri pada
1 April 2004 seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Perdana Menteri.
— BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd