• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Iktiraf Pelajar Cemerlang – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan pelajar-pelajar seiring dengan matlamat negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangunan modal insan yang berterusan dan terancang sentiasa dilakukan kerajaan melalui pelbagai program dan inisiatif bagi mencapai misi tersebut.

“Usaha ini akan memastikan bilangan tenaga sumber manusia yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi terus meningkat dalam menghasilkan apa yang dipanggil bakat untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian surat tawaran Program Biasiswa Nasional 2015 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Muhyiddin berkata justeru itu, kerajaan amat berharap pelaburan jangka panjang seperti Program Biasiswa Nasional yang masuk tahun keenam ini dapat menghasilkan modal insan berkualiti bagi meneruskan pembangunan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan yakin dengan ilmu dan kepakaran yang diperoleh pelajar program tersebut dari universiti terkemuka dunia dan tempatan ini akan melahirkan graduan yang terbaik dan berketerampilan.

“Modal insan terbaik seperti inilah yang diperlukan negara supaya kepakaran mereka dapat digembleng untuk menyumbang kepada usaha-usaha kerajaan bagi memastikan mencapai negara berdaya saing di peringkat global.

“Kejayaan ini akan dicapai dan diterajui anak tempatan sendiri sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing,” katanya yang menambah sebanyak 151 pelajar program tersebut kini sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Oxford dan Universiti California.

Muhyiddin menarik perhatian bahawa penajaan kepada pelajar cemerlang turut mengambil kira keperluan semasa negara untuk memperkasakan bidang pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), Keselamatan, serta Sains Data.

“Saya amat berbangga dengan anda (para pelajar). Saya berharap anda terus cemerlang dalam tahun-tahun akan datang. Kepada ibu bapa, ini satu pelaburan yang diharap hasilkan keputusan yang baik untuk negara,” katanya.

Program Biasiswa Nasional diperkenalkan sejak 2010 dengan penawaran kepada hanya 30 orang pelajar sebelum dipertingkatkan setiap tahun.

Program ini merupakan satu program penajaan yang berprestij kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang akademik untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka dunia di dalam dan luar negara.

Pelajar akan ditaja bermula dari peringkat persediaan sehinggalah ke peringkat Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd