• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1 Hari Menjelang GST, Sudahkah Anda Fahami Implementasinya?

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, pada hari ini, hampir 90 peratus penduduk muka bumi hidup dalam ekonomi yang berlandaskan Goods and Services Tax (GST) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)?

Sehari sebelum perlaksanaannya bermula secara rasmi esok, masih ramai masyarakat Malaysia belum cukup memahami tentang GST dan kebaikannya kepada rakyat dan negara.

Oleh itu, ada pihak yang tak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan menguar-uarkan kononnya cukai tersebut bakal membebankan rakyat dan memberi kesan secara langsung terhadap kewangan persendirian. Betulkah?

Jika difikirkan, andai benar GST gagal untuk memberikan manfaat kepada negara dan rakyatnya, mengapa 160 negara, antaranya Jepun, Korea Selatan dan United Kingdom mengaplikasikan cukai tersebut semenjak berdekad lalu?

Dalam lingkungan negara asean, Malaysia merupakan negara kelapan melaksanakan sistem CBP selepas Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Laos.

[WAJIB BACA: Senarai Harga Barangan Yang Dikenakan Caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)]

Secara umumnya, harga barangan makanan yang dikenakan caj GST sebanyak enam peratus merupakan barangan yang telah diproses, manakala yang tidak diproses akan dikecualikan.

Sebagai contoh, bahan mentah asas seperti sayuran, ayam, ikan, beras dan telur dikecualikan GST, manakala makanan siap proses seperti yang dimuat dalam tin, produk rempah dan perencah, bahan-bahan membuat kek dan minyak masak merupakan sebahagian produk yang dikenakan cukai tersebut.

Namun, bukan semua barangan yang diproses tertakluk bawah cukai tersebut kerana terdapat sesetengah bahan yang digolongkan sebagai sifar GST, antaranya mi kuning, Nescafe, produk rempah ratus, susu formula bayi dan gula.

Beralih ke minuman dan makanan, hampir kesemuanya akan dikenakan caj GST, antaranya produk coklat, minuman dalam tin, makanan sejuk beku, hidangan makanan dan pencuci mulut kerana ia telah dikilangkan dan melalui prosedur pembuatan sebelum dipasarkan.

Shopping basket fruit and vegetables isolated on white

Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, makanan siap proses bakal dikenakan cukai GST, ini juga bermaksud makanan segar yang masih belum diproses akan dikecualikan.

Makanya, semua buah-buahan dan sayur-sayuran akan kekal pada harga sama tanpa tambahan caj cukai tersebut.

Selain itu, produk kecantikan dan penjagaan diri, peralatan rumah serta perkakasan dapur bakal tertakluk di bawah caj berkenaan yang menggantikan Sales and Services Tax (SST) atau Cukai Jualan dan Perkhidmatan.

Kenapa ia menjadi pilihan kerajaan untuk dilaksanakan di Malaysia? Secara tuntasnya, cukai tersebut sebenarnya bertujuan untuk menyelaraskan semula sistem percukaian di negara ini, lantas menjadikannya lebih cekap dan efisyen.

Ia sekaligus dapat menggandakan kemampanan ekonomi negara dan mengatasi kelemahan sistem percukaian SST.

Buat yang masih kabur, ada baiknya anda terus melayari laman rasmi Cukai Barangan dan Perkhidmatan Malaysia (CBT) bagi mendapatkan penjelasan menyeluruh. (Klik Sini)

[BERKAITAN: ‘Mykira GST’ Permudah Semak Harga Barangan, Buat Aduan]

Bukan itu sahaja, sebagai permulaan kepada pengenalan cukai ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan satu aplikasi, iaitu ‘Mykira GST’ bagi memudahkan pengguna menyemak caj GST terhadap lebih 10,000 barangan jualan.

Apa-apapun, sebagai pengguna, setiap individu harus menjadi bijak dengan merancang pembelian dan menguruskan kewangan sebelum berbelanja. Dahulukan keperluan daripada kehendak.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Apa Kata Rakyat Malaysia Tentang GST?

Tags: CukaiGSTKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd