• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IS Berkembang Sejak Serangan Udara AS – Assad

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata dalam satu temubual televisyen Amerika Syarikat, bahawa keanggotaan IS yang menawan sebahagian besar kawasan di Syria dan Iraq, bertambah sejak pakatan yang diketuai AS melancarkan serangan udara terhadap kumpulan itu.

Ditanya manfaat yang diperolehnya daripada serangan udara di Syria yang bermula September tahun lalu, Assad memberitahu rancangan 60 Minutes CBS: “Ada kalanya anda meraih manfaat kecil tetapi jika mahu dibincangkan dari segi IS, ia sebenarnya berkembang sejak serangan udara itu.”

Assad yang memerangi kumpulan penentang sejak 2011 berkata dalam temubual yang disiarkan awal pagi tadi bahawa IS menarik penyertaan 1,000 rekrut sebulan di Syria.

“Di Iraq, mereka berkembang, juga di Libya dan banyak lagi negara lain. Pertubuhan gabungan al-Qaeda menyatakan taat setia kepada IS. Itulah situasi sekarang,” kata Assad.

Washington berusaha mendapatkan penyelesaian perang saudara di Syria dengan mengenepikan Assad tetapi menegaskan keutamaannya di Syria ialah memerangi militan IS.

Ditanya apakah situasi yang membolehkan beliau melepaskan kuasa, Assad berkata: “Apabila saya tidak mendapat sokongan rakyat. Apabila saya tidak mewakili kepentingan dan nilai Syria.”

Menjawab soalan bagaimana beliau menentukan sokongan rakyat Syria, Assad berkata: “Saya tidak menentukannya. Saya merasainya. Saya berhubung dengan mereka.” – Reuters

https://www.youtube.com/watch?v=U2uRTg4_DAY

Tags: ISSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd