• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasca Banjir: 56.7 Hektar Tanah Dikenal Pasti Untuk Bina 1,415 Rumah

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan Persekutuan dan negeri mengenal pasti tanah seluas 56.7 hektar bagi pembinaan rumah kekal kepada 1,415 keluarga yang mempunyai masalah berkaitan status tanah di negeri ini selepas kediaman mereka musnah dalam bencana banjir yang melanda Kelantan, Disember tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kawasan yang dikenal pasti itu termasuk di Chenulang, Kuala Krai dan Bertam Baru, Gua Musang.

“Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan RM6 juta bagi membina kira-kira 100 buah rumah di tanah yang dikenal pasti khususnya di Gua Musang.

“Perkembangan terbaru ini diharap akan membantu mempercepatkan proses pembinaan rumah tersebut yang sebelum ini mengalami sedikit kesukaran akibat masalah tanah,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pasca Banjir di Jabatan Pembangunan Persekutuan di sini, hari ini.

Mustapa berkata sejumlah 56.7 hektar tanah yang disediakan itu cukup untuk menyelesaikan pembinaan 1,415 buah rumah kepada mangsa banjir terbabit.

Mustapa berkata dalam perbincangan jawatankuasa bersama sebelum ini, kerajaan pusat bersetuju membina 1,244 buah rumah kekal, manakala 580 buah rumah lagi dibina oleh kerajaan negeri.

“Daripada 1,824 buah rumah, hanya 409 keluarga mempunyai status tanah yang jelas manakala 1,145 buah rumah lagi masih diragui atau bukan hak milik sendiri.

“Kita buat keputusan untuk menyegerakan pembinaan 409 buah rumah itu dahulu yang dijangka siap menjelang Ramadan atau sebelum Syawal nanti,” katanya.

Katanya, sebanyak 59 buah rumah daripada 409 buah rumah telah disiapkan sepenuhnya, manakala 129 buah rumah masih dalam proses pembinaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mustapa berkata sejumlah 55.5 peratus atau 34,558 daripada 62,267 mangsa banjir telah menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 dan pengagihan itu akan disegerakan kepada semua penerima dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedPasca Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

17/03/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan meliputi program dan projek pasca banjir khususnya di Johor....

Hampir 4,000 Sukarelawan Pasca Banjir KBS Bantu Mangsa Bencana

04/01/2022
0

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan 3,864 sukarelawan pasca banjir kementerian itu bagi membantu mangsa banjir di negeri terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd