• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tayangan Filem ‘Kokpit Dikunci & Hempas Pesawat’ Dikecam

oleh AK-47
31/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAYANGAN sebuah filem yang mempunyai adegan seorang pembunuh menguncikan dirinya sendiri di dalam kokpit dan kemudiannya bertindak menghempaskan pesawat, di United Kingdom (UK) pada Jumaat mencetuskan kemarahan orang ramai.

Portal berita Mirror melaporkan filem ‘komedi hitam’ dari Argentina, Wild Tales memaparkan satu adegan yang mempunyai ‘persamaan’ dengan tragedi nahas Germanwings yang berlaku pada Selasa lalu.

Komedi hitam bermaksud karya komedi yang menggunakan sandiwara atau adegan yang mengerikan.

Wild Tales ditayangkan di UK pada Jumaat walaupun ramai peminat filem membuat desakan supaya penayangannya ditangguh atau dibatalkan bagi menghormati 149 mangsa yang terkorban akibat nahas yang dipercayai berpunca daripada tindakan pembantu juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz.

 Wild Tales yang dicalonkan untuk anugerah Oskar, menunjukkan adegan yang menakutkan apabila penumpang panik mengetuk dan cuba memecah pintu kokpit sebagai usaha untuk masuk ke dalamnya.

Walaupun ia sekadar ‘komedi hitam’, filem itu membawa maksud yang baharu berikutan nahas pesawat yang menggemparkan dunia minggu ini.

Filem yang diterbitkan pada 2014 itu menghimpunkan enam cerita pendek bermula dengan dua penumpang yang menaiki sebuah pesawat berbual sebelum kedua-duanya menyedari mereka dijemput oleh individu yang sama. – mStar

Tags: Germanwings
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Germanwings: Mayat 16 Pelajar Sekolah Selamat Disemadikan

11/06/2015
0

HAMPIR tiga bulan selepas nahas udara Germanwings, seramai 16 jasad pelajar sekolah dan dua guru mereka selamat disemadikan, baru-baru ini....

Germanwings: Co-Pilot Sudah Berlatih Junamkan Pesawat

08/05/2015
0

SUSULAN kes sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Germanwings yang disyaki sengaja dijatuhkan di kawasan Pergunungan Alps, Perancis, pakar berjaya menemui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd