SEPANG – Pemandu Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton akan memulakan perlumbaan F1 Petronas Grand Prix Malaysia 2015 di petak pertama selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Sepang, hari ini.
Pemandu Britain itu mencatatkan masa satu minit 49.843 saat untuk mengungguli sesi kelayakan yang diganggu hujan, sekali gus mendahului pemandu Jerman, Sebastian Vettel daripada pasukan Ferrari dengan kelebihan 0.074 saat.
Kejayaan menduduki petak utama merupakan kedua bagi Hamilton musim ini selepas perlumbaan pembuka musim di Grand Prix Australia, dua minggu lepas.
Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg meraih petak ketiga selepas mencatatkan masa 1:50.299s. – BERNAMA
https://youtu.be/qHSs77_YDgI

